Thursday, 16 May 2013

10 artikel inovative produk di Malaysia

1) Produk "Tiub Nano Karbon"









 
 
 
 
 
ABDUL RAHMAN (tengah) menunjukkan bahan tiubnano karbon yang dihasilkan bersama dua lagi penyelidiknya, Siang Piao (kiri) dan Choon Ming pada sidang akhbar di USM baru-baru ini.

TIUBNANO karbon, bahan paling inovatif abad ke-21 yang mempunyai kegunaan untuk penghasilan produk akhir industri serta mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kini telah mampu dihasilkan oleh saintis tempatan. Ia hasil kajian selama 11 tahun sekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Kampus Universiti Sains Malaysia (USM) Nibong Tebal, Pulau Pinang.
 
Penyelidikan yang dikenali sebagai Kaedah Pengeluaran Berterusan Tiubnano Karbon Menggunakan Reaktor Putaran itu diketuai Prof. Dr. Abdul Rahman Mohamed. Ia sekali gus mencatatkan sejarah sebagai kejayaan yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Beliau dibantu Prof. Madya Lee Keat Teong, Dr. Chai Siang Piao, Seah Choon Ming dan Yeoh Wei Ming.
Tiubnano karbon sentuhan anak tempatan itu mempunyai kualiti yang setanding dengan bahan serupa dari luar negara atau lebih baik lagi, sekali gus menyaksikan Malaysia melakar nama apabila mampu menguasai teknologi termaju berkenaan. Ia juga menjadi antara komoditi terpenting abad ini selain berpotensi memberi impak tinggi kepada bidang penyelidikan tempatan.
Menurut Abdul Rahman, tiubnano karbon mula ditemui saintis dunia sekitar tahun 1991 melalui perkembangan yang dicapai dalam teknologi nano (debu halus). Katanya, bahan itu berupaya menambah baik kualiti produk pembuatan kerana kekuatan mekanikal, sifatnya yang ringan, namun padat serta struktur elektronik yang unggul.
 
"Sebelum ini kita berjaya membangunkan bahan pemangkin bagi proses tiubnano karbon ini, diikuti membina sendiri reaktor mini yang mampu menghasilkan kira-kira satu kilogram tiubnano dalam masa sehari. "Kejayaan menghasilkan tiubnano karbon sendiri ini membolehkan industri-industri yang berkaitan di dalam negara menggunakan teknololgi tersebut selain ditawarkan ke pasaran antarabangsa.
 
"Teknologi tempatan ini lebih murah berbanding bahan sama dari luar negara, tetapi memiliki ketulenan serta kualiti yang standing ataupun lebih baik," ujarnya. Sistem reaktor itu menghasilkan tiubnano karbon daripada bahan asas iaitu gas asli menjadikan prosesnya bersifat mesra alam serta berkos efektif.
 
Tambah Abdul Rahman, kos penyelidikan itu dibiayai sepenuhnya beberapa geran kerajaan termasuk geran terbesar daripada Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bernilai RM1.3 juta. Tiubnano karbon digunakan secara meluas dalam penghasilan produk-produk akhir seperti cip memori, bateri cas semula, raket tenis, raket badminton, basikal, komposit untuk pembuatan kereta dan kapal terbang. Katanya, sebagai langkah mengkomersialkan teknologi itu, USM melalui anak syarikatnya, Advance NanoCarbon Sdn. Bhd. kini giat meneroka pasaran dalam dan luar negara termasuk ke beberapa syarikat global.
 
"Dengan kapasiti yang ada kami mampu menawarkan tiubnano karbon pada harga pasaran AS$30 (RM94) setiap gram yang jauh lebih rendah berbanding pengeluar lain iaitu antara AS$35 (RM110) hingga AS$60 (RM188).
 
 

 
2) Produk "Alat Kemudi Enjin Bot"

 

 
 
MOSTI menghasilkan produk yang memberi manfaat secara langsung kepada rakyat. Salah satu daripadanya ialah Taman Teknologi Malaysia (TPM) melalui anak syarikatnya TPM Engineering Sdn. Bhd. yang berjaya membangunkan satu produk inovasi iaitu Alat Kemudi Enjin Bot.
 
Produk tersebut merupakan cetusan idea Ridzduan Hashim, seorang usahawan dalam bidang kejuruteraan marin.Idea berkenaan tercetus ketika beliau bekerja sebagai nelayan suatu masa dulu.  Bagi merealisasikan ideanya, beliau ke TPM Engineering Sdn. Bhd. bagi mendapatkan khidmat bantuan teknikal untuk membangunkannya.


Produk ini sekali pandang ia sama saja engan enjin bot yang biasa digunakan nelayan. Tetapi sebenarnya ia adalah gabungan pelbagai fungsi yang menjadikan ia semua dalam satu. Selain untuk menggerakkan bot ia juga boleh berperanan sebagai enjin pam air dan generator dengan sistem kemudi menggunakan gear,Asalnya ialah adalah enjin sangkut konvensional yang di kalangan nelayan dikenali sebagai enjin 'ekor biawak'. Tetapi sebelumnya ini fungsinya hanya satu.


Melalui kajian yang fungsinya telah dipertingkatkan. Produk berkenaan diklasifikasikan sebagai berteknologi tinggi dan inovatif berdasarkan kepada empat kriteria iaitu:
·         Aplikasi sistem gear, membolehkan operasi pengendalian bot ke depan dan ke belakang.
·         Penggunaan satu unit shaft, pengendalian enjin yang lebih ringan dan menjimatkan penggunaan bahan api.
·         Penggunaan enjin komersial atau industri standard, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan berbanding enjin 'outboard' yang diimport dan tidak memerlukan minyak 2T.
·         Sistem Air Cooled Gearbox membolehkan pengendalian bot di kawasan cetek.


Selepas kajian itu, hasilnya satu unit prototaip dibangunkan untuk diuji dan mendapat maklumbalas positif dari kalangan nelayan yang menggunakannya. Analisis bagi menunjukkan kelebihan produk berteraskan kepada aspek kos dibandingkan dengan enjin bot Outboard Import. Produk berkenaan berpotensi untuk diaplikasikan oleh golongan sasar seperti nelayan pesisir pantai, sungai dan tasik.


Produk yang dapat menjimatkan kos operasi, memudahkan pengendalian dan kawal selia itu mempunyai kekuatan untuk dipasarkan secara meluas memandangkan mereka yang terlibat dalam perkhidmatan selepas jualan terdiri daripada golongan profesional serta tenaga mahir di TPM. Jika sebelum ini enjin tersebut hanya untuk menggerakkan bot, tetapi kini ia juga boleh berfungsi sebagai pam air, generator dan mesin tebu.
 
Melalui sedikit inovasi, enjin ekor biawak itu kini mampu menjana pendapatan tambahan untuk nelayan.
Ini membuktikan kaedah konvensional jika disuntik dengan elemen inovasi dan teknologi mampu mengubah kehidupan orang ramai. Penggunaan enjin bot yang fungsinya telah diintegrasikan itu mungkin akan berupaya menarik golongan muda untuk melakukan kerja-kerja yang sebelum ini mereka tidak minati.

Pada peringkat awal mungkin akn timbul sedikit kerumitan. Tetapi selepas penambahbaikan dilakukan potensinya cukup besar untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan sasar.
Malah enjin ini berpotensi untuk dikomersialkan.


 

3) Produk Jenama "TOP"
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Southern Lion Sdn Bhd, pengeluar pencuci pakaian berjenama TOP menyasar untuk meningkatkan penguasaan pasaran dalam segmen serbuk pencuci kepada 50 peratus menjelang akhir tahun ini berbanding 47 peratus kini.

Pengarah Pemasarannya, William Khoo berkata, pencapaian sasaran itu akan didorong oleh pelancaran beberapa rangkaian produk baru keluarannya sepanjang tahun ini. Sejak memasuki pasaran negara ini pada 2003, kami memperkenalkan produk pencuci yang inovatif bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup pengguna yang semakin berubah.

Pada masa ini, rangkaian serbuk pencuci TOP boleh didapati dalam empat variasi iaitu Super Colour, Super Hygienic, Super White dan Super Low Suds.

Manakala bagi rangkaian cecair pencuci pekat TOP pula ia termasuklah Fresh Tropicana, Blue Oceania, Colour Care, Anti-bacteria dan Low Suds, katanya selepas majlis pelancaran rangkaian pencuci anti debu hama di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama, Ketua Penyelidik Jabatan Tekonologi Baru Lion Corporation Japan, Dr Seiichi Tobe serta Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari Hospital Sungai Buloh, Dr Loo Chun Pin.
Southern Lion adalah syarikat usaha sama antara Lam Soon (M) Bhd dan Lion Corporation Japan yang mengeluarkan rangkaian barangan isi rumah seperti penjagaan fabrik, penjagaan kecantikan rumah dan juga penjagaan diri.

Pelancaran produk pencuci anti debu hama berkenaan adalah sebagai maklum balas terhadap peningkatan jumlah penduduk di negara ini yang mengalami masalah alahan yang berpunca daripada debu hama.

Khoo berkata, produk berkenaan juga menawarkan penyelesaian yang praktikal bagi mengatasi masalah cucian harian termasuklah kekangan ruang untuk mencuci, cucian waktu malam serta pengeringan pakaian dalam rumah bagi pengguna yang tinggal di pangsapuri.

Teknologi cucian yang canggih daripada TOP adalah hasil penyelidikan dan pembangunan syarikat Lion di Jepun yang mana hasil kajian makmal bebas di Jepun mengesahkan bahawa pencuci pakaian TOP mampu menyingkirkan sehingga 99.9 peratus debu hama dengan berkesan untuk cucian yang lebih bersih, katanya.
 
 
 
4) Produk "Penyangkut Inovatif 3M"
 

 
 
 
 
 
 
Latar dinding yang tidak dihiasi sebarang elemen hiasan adalah perkara biasa khususnya kediaman baru. Ini bagi mengelak kerosakan di dinding. Bagi menangani masalah itu, produk inovasi 3M menerusi jenama Command menawarkan produk terbaru penyangkut inovatif, berbentuk cangkuk, klip dan penyusun kabel. Konsepnya mudah iaitu memegang secara kemas, tanggal dengan sempurna dan tidak memerlukan perkakasan khas.

Rangkaian produk lengkap itu bagi memenuhi semua keperluan menghias ruang kediaman dan pejabat. Produk Command dihasilkan daripada pita jalur berprestasi tinggi menggunakan 'Stretch Release Technology' yang direka dengan bahagian pita unik dan boleh regang. Keadaan itu membolehkan ia ditanggalkan dari kebanyakan permukaan dengan sempurna, tidak merosakkan permukaan dinding dan mempunyai kuasa lekat yang kuat.

Jalur pelekatnya boleh dipasang dan ditanggalkan dengan mudah dan tiada sebarang perkakasan khas diperlukan bagi mencantikkan ruang tamu serta pejabat anda. Ia juga sesuai untuk pelbagai jenis permukaan seperti kayu bercat, berwarna atau bervarnis, kaca, jubin, blok sinder bercat, plaster, logam atau papan dinding. Kuasa pelekatnya boleh menampung beban sehingga 5.4 kilogram (kg). Pek isian semula jalur pelekat juga boleh didapati di pasaran. Ini membolehkan anda menggunakan semula penyangkut, cangkuk atau sistem penyusunan kabel.

Jika dulu penebuk lubang peralatan utama digunakan untuk memasang skru, paku, pendakap dan menebuk dinding. Kini anda hanya perlu menarik pita pelekat ke bawah hingga ia tanggal dengan sempurna dan lekatkan pita baru pada tempat yang dikehendaki, kemudian tambah cangkuk, penyangkut, klip atau pemegang kabel.

Sementara itu cangkuk Command pula mempunyai pelbagai saiz dan reka bentuk. Ia mampu memegang beban antara 225 gram hingga 3 kg. Di pejabat, potensi penggunaan cangkuk Command antara yang penting. Di rumah pula penggunaan Command Utensil Hooks boleh menjimatkan ruang dan membuatkan dapur kelihatan lebih kemas dan teratur.

Seterusnya produk Command Picture Hanging Strip membolehkan anda menggantung gambar keluarga, lukisan, foto majlis pejabat, anugerah dan tanpa menebuk atau memaku dinding hingga merosakkan cat serta panel. Jalur yang inovatif 'mengunci' dan 'membuka' bagi memudahkan anda mengubah lokasi serta kedudukan bingkai. Command Picture Hanging Strip sesuai untuk pelbagai dimensi bingkai dan mampu menyokong beban hingga 5.4 kg.

Maklumat lanjut sila layari http://www.command.com/my.




5) Produk "Magner"



 
 
 
 
 
 
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) membangunkan satu lagi produk inovasi bagi pasaran tempatan dan antara bangsa menerusi penciptaan alat pembuka buah manggis dikenali ‘Magner’.

Inovasi hasil ciptaan pegawai penyelidik Mardi, Jafni Johari Jiken itu mengambil masa tiga tahun untuk melengkapkan prototaip sebenar sebelum dipasarkan pada skala komersial melalui kerjasama pengilang tempatan.

Nama Magner adalah gabungan dua perkataan iaitu ‘mag’ singkatan bagi buah manggis atau ‘magosteen’ dalam bahasa Inggeris dan ‘ner’ (opener ) atau pembuka dalam bahasa Melayu. Kajian mendapati, generasi ‘baby boomers’ atau anak-anak yang lahir selepas peperangan kurang berminat dengan penciptaan alat itu, tetapi amat diperlukan generasi X dan Y.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
CARA pemotongan buah manggis yang selamat. FOTO Aziah Azmee


Golongan remaja bagi dua generasi itu tidak tahu mengupas buah manggis sekali gus membuktikan ‘Magner’ amat diperlukan. Jafni berkata, alat dibangunkan menggunakan dana Mardi berjumlah RM10,000 itu mudah digunakan, mesra pengguna dan sesuai digunakan penggemar buah manggis.

“Penciptaan alat itu cetusan idea Timbalan Ketua Pengarah Mardi rentetan peristiwa ketika dia menaiki pesawat sebuah syarikat penerbangan antara bangsa yang menyajikan buah manggis kepada penumpang. “Dia melihat seorang pelancong Jepun menghadapi kesukaran membuka buah manggis lalu lelaki itu menggigit buah berkenaan untuk menikmatinya,” katanya.

Daripada idea itu, pemegang Ijazah Kejuruteraan Mekatronik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mencabar dirinya membangunkan gajet kecil sesuai dengan minatnya menonton drama ‘MacGyver’. “Saya cabar diri mencipta alat itu, walaupun kecil tetapi memberi manfaat kepada ramai orang. “Setahu saya, tiada satu pun alat pembuka manggis di pasaran tempatan kecuali pembuka epal atau peralatan tambahan lain yang dijual di pasar raya,” katanya.
Beliau yang meminati tokoh ilmuwan Islam, Al-Jazari berkata, prototaip Magner dihasilkan akhir 2010 dengan melalui enam evolusi.

“Saya boleh menghasilkan alat yang terlampau mudah untuk pengguna, tapi kosnya tidak efektif dan harganya tidak berbaloi. “Jadi, saya cipta alat semudah mungkin dengan harga berpatutan,” katanya. Menurutnya, konsep penciptaan alat Magner sama dengan komponen penting bagi peralatan dapur yang kerap dijual di pasar raya.

“Magner terbahagi kepada beberapa komponen penting iaitu pisau bulatan, pemegang buah manggis dan pencengkam buah. “Bagi memudahkan pemotongan, pemegang buah manggis boleh dilaraskan dengan kawalan buah manggis secara tiga dimensi,” katanya. Penciptaan Magner memenuhi piawaian keselamatan pengguna khususnya kanak-kanak yang gemar bermain objek tajam dengan penciptaan pisau boleh laras.

“Bahan plastik yang digunakan untuk menghasilkan Magner adalah jenis ‘polyoxin’ kerana kesesuaiannya bagi pengeluaran bahan gred makanan berskala besar,” katanya turut mengesahkan Magner sudah mendapat hak paten Mei tahun lalu. Katanya, produk inovasi itu akan mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna berikutan keupayaannya membuka manggis secara pantas.

“Secara manual (menggunakan tangan), manggis dapat dikupas antara lima hingga enam saat manakala bagi kurang mahir pula, mungkin di antara satu atau dua minit. “Bagaimanapun, alat terbaru ini membolehkan ia dibuka lebih pantas tanpa meninggalkan kotoran di tangan,” katanya.

Dia juga berbangga kerana inovasi ciptaannya mendapat pengiktirafan apabila menggondol dua pingat perak sempena Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-23 (ITEX’12 Malaysia) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), tahun lalu. “Usaha mengkomersialkan produk itu sedang dilaksanakan Mardi menerusi jalinan kerjasama sebuah syarikat pengeluar sekali gus memastikan produk itu menemui pengguna pada harga RM20 seunit.

“Ia juga berpotensi untuk dieksport ke luar negara seperti Jepun, United Kingdom, Korea, Australia, Perancis, Taiwan dan negara Timur Tengah,” katanya.




6) Produk "Toaster Corak - Heart-Attack"

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Satu lagi produk Inovatif dari Alat Pacu Jantung untuk menyelamatkan pesakit. Corak dan bentuk yang direka khas untuk Pemabakar roti. Corak yang menarik perhatian.
 
 
 

7) Produk "Cooling Tower Obest 007 "



 
 
 
 
 
 
Produk diberi nama Cooling Tower Obest 007 merupakan sebuah produk menggunakan beroperasi berasaskan sistem Cooling Tower yang asal dengan sedikit inovasi pada bahagian filtering proses bagi memaksimumkan kesan penapisan habuk yang terampai di udara serta mendinginkan suhu persekitaran bilik bersaiz kecil. Produk mempunyai berat 18 kg tanpa air dan boleh mencapai 25 kg bila tangki bawah diisi dengan air secukupnya. Fungsi utama produk adalah :

1. melenyapkan habuk-habuk di udara yang tercemar.
2. menyejukkan udara persekitaran bilik.
3. membersihkan udara persekitaran.
4. boleh mewangikan udara persekitaran bilik. (air refresher)
 



8) Produk "Air Purifying Lamp"

 
 
 
 
 
 
 
Corvan APL (Air Purifying Lamp) adalah produk yang dihasilkan oleh Corvan Technology Sdn Bhd. Produk ini adalah Lampu jimat tenaga (CFL and fluorescent tube) yang direka khas dengan teknologi nano untuk membantu membersihkan udara termasuk kuman, virus, asap dan VOC (Sebatian organik meruap) yang boleh menyebabkan reaksi alahan, penyakit dan dan juga kanser.

Corvan APL dicipta untuk menjimatkan tenaga, tahan lebih lama, lebih cerah dan menghasilkan haba yang lebih rendah. Corvan APL telah diiktiraf sebagai produk yang selamat untuk digunakan.




9) Produk "Sound Damper"










Penggunaan sisa kelapa sawit telah menjadi satu cetusan idea oleh syarikat Kejuteraan Emas Sdn Bhd untuk menghasilkan produk dalam industri automotif. Produk yang diberi nama ‘Sound Damper’ dicipta untuk mengurangkan bunyi bising dan gegaran di dalam badan kereta. Ia biasanya diletakkan di panel lantai kereta dan penebat firewall kereta. Dengan penggunaan produk ini, ia mampu memberi keselesaaan kepada pengguna.




10) Produk "Infrared Vibro Pants"
 
Produk inovatif terbaru Infrared vibro pants yang mempunyai dwi fungsi; terapi haba infrared dan getaran. Ianya sangat berkesan dalam mempercepatkan proses memecahkan lemak dan menghancurkan selulit yang terdapat pada tiga bahagian meliputi perut, peha dan pinggul. Rekaan yang sama seperti Sauna Pants tetapi ditambahbaik dengan kelebihan getaran yang mampu merangsang pengaliran darah di dalam tubuh, memecahkan lemak degil dan selulit di tiga bahagian tersebut.

© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena