Saturday, 16 March 2013

Kenapa kamu fikir produk ini kreatif dan apakah yang menyebabkan kamu mengatakan ianya kreatif?


NECKLINE SLIMMER



Produk ini adalah salah satu produk pelangsingan wajah. Tiada siapa pernah terfikir untuk mencipta produk sedemikian. Kebiasaannya, untuk mengecilkan dagu dan membentuk 'jawline', kita lebih biasa dengan senaman secara manual. Tetapi dengan produk ini, ia dapat membantu mempercepatkan proses pembentukan semula dagu yang menggelebeh. 

Kami mengatakan produk ini kreatif kerana ia mampu membantu senaman mengecilkan dagu dan menghilangkan dagu berlapis. Kami sendiri tidak pernah terfikir tentang produk seperti ini. Semua orang mampu mengecilkan dagu mereka walaupun mereka tidak ada 'basic' dalam melakukan senaman dan regangan yang betul. Cukup dengan berpandukan nota cara-cara menggunakan produk ini, semua orang mampu melakukan senaman ini kerana ia sangat mudah dan sangat membantu. Hanya dengan beberapa kiraan dan dalam masa yang sebentar, produk ini mampu membuat wajah kita cantik semula dengan bentuk muka yang sepatutnya. Dengan harga yang sangat berpatutan, semua orang boleh memilikinya.

Tentang Neckline Slimmer:

  1. Sangat ringan.
  2. Mudah digunakan.
  3. Harga berpatutan (RM 27.00).
  4. Saiz yang 'compact'.
  5. Mudah dibawa ke mana-mana.
  6. Disediakan dengan tahap keanjalan spring mengikut kemampuan individu.

Walau bagaimanapun, sebagus mana pun sesuatu produk itu, ia tetap mempunyai keburukan. Bezanya, keburukan itu sangat ketara ataupun tidak. Bagi kami, produk ini lebih baik jika mengambilkira beberapa perkara di bawah:
  1. Gunakan material atau bahan yang lebih kukuh - plastik yang lebih tebal atau mungkin tambahkan span atau getah yang lebih lembut supaya tidak sakit di bahagian bawah dagu.
  2. Lebarkan lebih sedikit pelapik dagu supaya orang yang bermuka besar juga dapat menggunakannya dengan selesa.
  3. Selain menggunakan spring yang perlu diganti-ganti, lebih mudah jika disediakan spring boleh laras (tidak perlu menukar spring tiap kali inginkan keanjalan yang lebih tinggi). Dengan kemudahan spring laras, pengguna tidak perlu kerap membuka dan menutup kunci Neckline Slimmer ini, kerana jika terlalu kerap menukar spring, permukaan kunci akan cepat menjadi longgar.

Tetapi, secara keseluruhan, produk ini adalah satu produk yang praktikal dan mampu membuat semua orang gembira dengan penggunaannya yang mudah.

© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena