Friday, 17 May 2013

Pertandingan Idea Bisnes (Business Idea Competition)

Dalam dunia ini semua orang memiliki telefon bimbit. Dan majority daripada mereka memiliki telefon pintar. Begitu juga dengan tablet atau tab. Sesuai dengan harga telefon yang mahal, pelbagai aplikasi telah disediakan oleh beberapa pihak sebagai kemudahan dan juga hiburan kepada pengguna telefon pintar tersebut. Ada juga yang menjadikan telefon pintar mereka sebagai 'pembantu peribadi' mereka. Pelbagai aplikasi boleh dimuat turun, tidak kira sama ada aplikasi itu aplikasi hiburan mahupun sebagai alat untuk membantu mereka dalam kerja-kerja seharian mereka. Ada yang sanggup membayar dengan harga yang mahal semata-mata untuk mendapatkan aplikasi yang menepati kehendak dan juga keperluan mereka.

Tentu sekali anda semua pernah mendengar aplikasi-aplikasi seperti Kayak, Foursquare, Hotels by Orbitz, HotelsCombined, Hotel Finder, Hotel Search HRS, Hotels Near Me dan banyak lagi. Semua aplikasi tersebut merupakan satu aplikasi yang sama fungsinya, iaitu untuk mencari hotel-hotel terdekat apabila berada di kawasan-kawasan yang tidak biasa dikunjungi. Tergerak dari situ, NilamSoft telah membangunkan satu aplikasi yang dapat membantu mereka yang sering melancong serta mereka yang sering bekerja di luar kawasan. Aplikasi yang dinamakan HotDC merupakan singkatan nama kepada Hotel Data Center yang menyediakan beberapa fungsi yang dapat membantu ramai orang.
 
 
NilamSoft telah menambah fungsi-fungsi yang akan dapat membantu ramai pengguna telefon pintar. Dengan fungsi-fungsi baru yang dimasukkan ke dalam aplikasi ini, NilamSoft telah membuat kajian terhadap beberapa perkara. Berkonsepkan pengesanan GPS, koordinat lokasi dan frekuensi yang terdapat dalam setiap telefon pintar, HotDC menyediakan lebih banyak fungsi yang bakal membantu semua golongan. Kajian yang telah dibuat juga menunjukkan bahawa frekuensi telefon pintar atau telefon bimbit biasa dapat dikesan sama ada telefon tersebut dimatikan ataupun tidak. Para seterusnya akan menerangkan apakah fungsi-fungsi istimewa yang ada dalam HotDC.
 

Fungsi asas.
Seperti kebanyakan aplikasi carian hotel dan tempat-tempat tertentu, HotDC juga menyediakan fungsi yang sama, iaitu seperti di bawah.
  1. Carian hotel dan tempat makan/restoran.
  2. Arah tuju untuk ke tempat yang dicari.
  3. Memaparkan kemudahan lain yang terdapat di sekeliling kawasan hotel.
  4. Memaparkan gambar dan maklumat hotel secara ringkas.
 
HotDC menyediakan lebih dari itu!
 
Selain fungsi asas seperti di atas, NilamSoft telah menambah fungsi-fungsi baru ke dalam aplikasi berkaitan (HotDC). Antara fungsi-fungsi baru yang ditambahkan ialah seperti di bawah.
  1. Mampu mengesan lokasi semasa pengguna dan memaparkan secara automatik hotel-hotel berdekatan sehingga jarak mencecah sejauh 25km.
  2. Menyediakan ruangan untuk pengguna memasukkan komen dan juga star rating terhadap hotel yang telah dikunjungi.
  3. Menyediakan ruangan untuk pengguna meletakkan dalam gambar-gambar ke dalam folder favourite.
  4. Memaparkan lokasi hutan, taman rekreasi, masjid atau surau (yang jarang atau tidak dipaparkan pada aplikasi-aplikasi lain).
  5. Memaparkan lokasi stesyen atau balai polis.
  6. Mampu mengesan pasangan, keluarga atau sahabat-sahabat pengguna hanya dengan mengaktifkan GPS dan bateri telefon pintar. Kelebihannya adalah pengguna masih boleh mengesan sahabat dan keluarga mereka walaupun dalam keadaan telefon yang ditutup (shutdown).
  7. Mampu memberi amaran (alert) kepada pengguna aplikasi apabila sahabat atau keluarga mereka berada jauh dalam jarak 25km ke atas. Aplikasi masih dapat mengesan atau memberikan amaran (alert) walaupun dalam keadaan tutup, selagi bateri telefon masih tidak ditanggalkan.
  8. Menyediakan kompas kiblat bagi memudahkan pengguna mencari arah kiblat, tidak kira walau di mana pun mereka berada.
  9. Menyediakan kompas biasa untuk kegunaan mencari arah, terutama sekali ketika sesat.
 
Gambar di bawah menggambarkan ikon carian yang terdapat dalam aplikasi HotDC.
 
 
 
 
 


 

© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena