Latar Belakang
Perbadanan Nasional Berhad (PNS) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang diberi mandat untuk menerajui pembangunan industri francais di Malaysia. PNS mempunyai sasaran untuk menerajui perkembangan industri francais di Malaysia dan membangunkan jumlah usahawan francais, melalui kepakaran dalam memberikan servis serta produk yang berkualiti.
PNS berperanan dalam mempelopori dan menerajui pertumbuhan industri francais negara demi merealisasikan matlamat untuk melahirkan lebih ramai usahawan dalam bidang perniagaan francais. Objektif utama PNS adalah untuk membangunkan produk tempatan dan mengembangkannya di dalam dan luar negara.
PNS memegang nilai S.P.I.C.E.D yang diterangkan seperti di bawah:
S > Speedy (Pantas)
P > Professional (Profesional)
I > Innovative (Inovatif)
C > Competent (Cekap)
E > Ethical (Beretika)
D > Dedicated (Dedikasi)
Perkhidmatan yang ditawarkan disenaraikan seperti di bawah
Pembiayaan Francais
Pembiayaan Lain
Rujukan:
http://www.pns.com.my/