Saturday 16 March 2013

NilamSoft Sdn Bhd

Cadangan Logo NilamSoft Sdn Bhd

 
 
 
Ini adalah cadangan logo NilamSoft Sdn Bhd. Kenapa kami memilih nama NilamSoft? 

Batu Nilam atau 'Sapphire' merupakan salah satu batu atau 'gemstone' yang digilai ramai, baik perempuan mahupun lelaki. Batu Nilam mempunyai tekstur yang unik dan warna yang cantik. Ia boleh didapati dalam beberapa warna, seperti biru, merah darah, turquoise atau teal, putih susu dan banyak lagi. Kami memilih Batu Nilam biru sebagai warna logo kami kerana warna biru banyak peranannya. Dan jika dilihat dengan teliti, tekstur Batu Nilam tidak sama antara satu sama lain. Corak teksturnya sangat unik dan sukar untuk ditiru. Kadang-kadang satu corak hanya boleh diperolehi sekali sahaja, tiada klon atau 'duplicate'.
 
Warna biru Batu Nilam dipilih sebagai warna tema NilamSoft kerana warna biru merupakan warna yang tenang dan menggambarkan kekukuhan sesuatu benda. PDRM juga memilih warna biru sebagai lembang kekuatannya. Dalam bendera Malaysia sendiri juga warna biru berada bersama-sama bulan sabit dan bintang, melambangkan kekuatan yang menyokong pemerintahan kesultanan Melayu di Malaysia.
 
 
Bisnes yang ditawarkan oleh NilamSoft Sdn Bhd

NilamSoft Sdn Bhd merupakan satu syarikat yang menawarkan beberapa servis yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat seperti pembangunan aplikasi dan khidmat nasihat ICT yang lain. NilamSoft juga telah mengeluarkan satu produk 'mobile' yang dipanggil HotDC (atau Hotel Data Center). HotDC boleh diakses melalui telefon mudah alih (telefon pintar) bagi mencapai maklumat hotel yang ingin diinap oleh pelanggan-pelanggan hotel di Malaysia.
 
URL untuk mengakses HotDC:

HotDC dalam Google Play:



Carta Organisasi NilamSoft Sdn Bhd


NilamSoft Sdn Bhd diterajui oleh 4 orang lembaga pengarah:
 
  1. Chief Executive Officer (CEO) - Cik Norhidayu Abdul Hamid.
  2. Chief Operation Officer (COO) - Cik Deepa Rajandran.
  3. Chief Financing Officer (CFO) - Pn Angelina William.
  4. Chief Marketing Officer (CMO) - Cik Hasliza Mahmood.
 
Cadangan Kad Bisnes NilamSoft Sdn Bhd
 



© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena