Friday, 24 May 2013

Model Perniagaan (Pasaraya Darulsalam, Presint 9, Putrajaya)

Pasaraya Darusalam adalah sebuah kedai runcit yang berkonsepkan pasar borong. Di dalam kedai ini terdapat pelbagai barangan runcit dan barangan basah. Pasaraya Darusalam terletak di deretan kedai di Jalan P9E/1, berhanpiran dengan "Food Court" Presint 9.

Pasaraya ini sentiasa menjadi kunjungan pembeli yang ingin membeli barangan runcit, terutama sekali pada  waktu kerja. Beberapa pemerhatian telah dilakukan untuk menilai mengapa orang ramai gemar membeli-belah dipasaraya ini.

Daripada pemerhatian yang dibuat, kami telah membina sebuah model perniagaan yang menerangkan mengapa pasaraya ini menjadi tumpuan ramai berbanding pasaraya lain yang terdapat di Putrajaya.

Pasaraya ini memenuhi keempat-empat komponen utama yang terdapat dalam sesebuah model perniagaan iaitu Infrastruktur, Penawaran, Kewangan dan Pelanggan.

Infrastruktur
Komponen pertama dalam model perniagaan adalah infrastruktur. Dalam infrastruktur terdapat 3 subkomponen penting iaitu rakan kongsi/pembekal, sumber-sumber utama dan aktiviti-aktiviti utama.

Dari aspek rakan kongsi/pembekal, pemilik pasaraya sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan pembekal kerana pembekal sentiasa menghantar bekalan mengikut jadual yang tertentu. Keadaan ini telah menyebabkan bekalan produk sentiasa ada di pasaraya.

Dari aspek sumber-sumber utama pula kedai pasaraya ini terletak di penjuru deretan kedai. Ia memudahkan pembeli untuk pergi ke pasaraya ini. Pasaraya ini juga mempunyai pekerja yang ramai yang boleh membantu pembeli untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Selain dari itu, kedai ini juga terdapat empat (4) tempat membayar yang mana ia mempercepatkan proses pembayaran pembeli.

Penawaran
Komponen kedua di dalam model perniagaan adalah penawaran. Dalam komponen ini, terdapat satu (1) subkomponen iaitu penawaran nilai.

Pasaraya ini menawarkan harga barangan yang lebih murah berbanding pasaraya dan kedai runcit yang terdapat disekitar Putrajaya. Harga yang ditawarkan adalah seperti yang terdapt dipasar borong. Ini telah memikat hati pembeli untuk terus membeli-belah di pasaraya ini.

Pelanggan
Komponen ketiga dalam model perniagaan adalah pelanggan. Terdapat 3 subkomponen penting iaitu hubungan pelanggan, segmen pelanggan dan saluran pelanggan.

Pekerja-pekerja pasaraya ini sangat mesra pelanggan. Mereka membantu pelanggan sekiranya pelanggan menghadapi masalah untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Ini telah menarik pelanggan untuk terus datang ke pasaraya ini.

Jelas pasaraya ini mensasarkan para surirumah yang sentiasa ingin mendapatkan barangan runcit dan pelanggan yang ingin mendapatkan barangan runcit. Hasil daripada hubungan baik dengan pelanggan, ini telah menarik ramai pelanggan baru yang terpengaruh dengan komen-komen pelanggan yang sentiasa datang ke pasaraya ini.

Kewangan
Komponen terakhir yang terdapat dalam model perniagaan ialah kewangan. Komponen ini mengandungi 2 subkomponen penting iaitu struktur kos dan aliran pendapatan.

Amat jelas hasil pendapatan pasaraya ini adalah dari pembelian pelanggan yang tidak henti-henti membeli-belah di pasaraya ini. Hasil dari pendapatan ini yang akan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan mendapatkan bekalan barangan dari pembekal.


© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena