Saturday, 27 April 2013

Aktiviti Kelas: Idea Bisnes [Face Pen]

Kali ini kumpulan kami diminta untuk keluarkan satu produk dengan menggunakan bahan-bahan yang terbuang. Antara barang yang diminta adalah berus gigi, bekas sabun, botol air mineral, chop-stick dan banyak lagi. Kumpulan kami memilih untuk menggunakan berus gigi sebagai bahan asas untuk produk kami. Produk kami diolah menjadi satu produk lain yang dijangka boleh digunakan dan dikomersilkan ke pasaran, dengan memfokuskan kepada pelanggan tertentu.
 
 
 
FacePen merupakan satu produk yang menkombinasikan kebanyakan berus solekan yang boleh digunakan oleh semua wanita, termasuk jurusolek lelaki. Face Pen dicipta bagi memudahkan para wanita untuk membawa perlatan solekan mereka dengan mudah dan sekaligus dapat menjimatkan ruang. FacePen mengandungi cermin kecil dan 5 jenis berus utama iaitu - Berus Lipstick, Berus Kening, Penggaris Mata, Pencuci Solekan (refillable) dan Berus Kabuki untuk muka.
 
Gambar di bawah adalah persekitaran aktiviti penciptaan FacePen dan pembentangan produk kami.
 





 


 


 
 
 

© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena