Saturday, 30 March 2013

Idea Produk - CoolHat

CoolHat merupakan satu produk keluaran NilamSoft Sdn Bhd. Produk ini direka mengikut keadaan di pantai atau di tempat yang panas terik. Kadang-kala, apabila kita berjalan di bawah sinaran matahari yang terik, kepala kita akan menjadi berdenyut-denyut kerana tekanan sinaran matahari yang kuat terkena kepala. Keadaan tersebut akan menyebabkan kita berasa rimas, lebih-lebih lagi jika kita adalah pemakai kaca mata.

CoolHat direka untuk menyelesaikan masalah sakit kepala atau rasa rimas ketika berada di tepi pantai ataupun di tempat yang mempunyai cahaya terik matahari yang kuat. CoolHat adalah sebuah topi yang mempunyai beberapa fungsi. Selain topi, CoolHat juga mempunyai fungsi yang boleh menyejukkan kepala ketika berada di bawah sinaran terik matahari. Dalam masa yang sama, CoolHat mampu memngurut kepala pemakai dengan kuasa mengurut yang memberi urutan ringan di kepala. Ia menggunakan teknologi kuasa solar. Jadi pemakai tidak perlu mencari bateri atau charger. Cara pemakaian CoolHat yang sangat mudah akan menyebabkan pemakai tidak bosan untuk memakainya. Walaupun menggunakan kuasa solar, CoolHat akan berfungsi apabila pemakai memetik suis yang tersedia di bahagian atas topi. Suis ini akan menghasilkan rasa dingin di bahagian dalam topi (kusyen) dan akan membuatkan kusyen dalam topi tersebut bergerak-gerak seperti mengurut.

CoolHat boleh didapati dalam pelbagai saiz dan bentuk. Dengan harga yang berpatutan, CoolHat boleh menjadi satu keperluan "mampu milik" oleh sesiapa sahaja.


 

 


© NilamSoft Sdn Bhd, AllRightsReserved.

Designed by ScreenWritersArena